Make your own free website on Tripod.com
CADANGAN
RUMUSAN

PENJELASAN TAPAK

HOME
PENGENALAN

PENJELASAN TAPAK

PENILAIAN TAPAK

PENILAIAN ETNIK

RUMUSAN
CADANGAN

 

                            

PENGENALAN

PENILAIAN TAPAK

PENILAIAN ETNIK

 

HOME
 

 

Back to top

rumusan kesesuaian

 

            Secara keseluruhannya,pasar merupakan ruang yang amat sesuai dalam mengkaji hubungan etnik. Ini kerana di Kompleks Pasar, kita dapat melihat interaksi antara golongan peniaga serta pengunjung yang terdiri daripada pelbagai golongan etnik yang berinteraksi antara satu sama lain dalam proses jual beli. Secara tidak langsung, keadaan ini dapat memupuk persefahaman, keharmonian serta sikap saling menghormati antara etnik yang berlainan.

            Kedudukan pasar yang strategik iaitu berdekatan dengan kompleks komersial serta kawasan perumahan secara tidak langsung menjadikannya kawasan tumpuan penduduk sekitar yang majoritinya terdiri daripada kaum Cina, diikuti kaum Melayu serta kaum India.

            Kemudahan yang disediakan juga amat  memuaskan. Kemudahan yang ada di tapak telah memberi kesenangan dan keselesaan kepada pengunjung atau pembeli. Susunatur gerai-gerai di  dalam pasar seperti  kedai runcit, gerai sayur, gerai ikan dan lain-lain dikategorikan dengan teratur dan jelas.  Ini memudahkan pembeli untuk mencari dan membeli barang-barang yang diingini. 

            Perkara terpenting di sini ialah,kompleks pasar ini amat sesuai untuk golongan etnik pelbagai kaum . Ini adalah kerana bahagian tidak halal telah diasingkan daripada bahagian-bahagian lain yang halal.  Keadaan ini amat memberi keselesaan dan kesenangan kepada kaum Melayu. Secara tidak langsung,keadaan ini akan menimbulkan sikap saling hormat-menghormati antara etnik.

            Kesimpulannya, Kompleks Pasar tersebut bukan sahaja berjaya memainkan peranannya sebagai pusat pembekal barang-barangan,   ia juga berjaya menjadi suatu "jambatan" untuk menambah kekerapan komunikasi dan interaksi antara kaum. Penjaja serta pengunjung yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat mengeratkan hubungan antara kaum melalui komunikasi yang ringkas tersebut. Malaysia sememangnya istimewa atas sebab bangsanya yang berbilang kaum. Kami sebagai rakyat Malaysia seharusnya berasa bangga kerana dapat hidup dalam keadaan yang harmoni dan aman dengan masyarakat majmuk.