Make your own free website on Tripod.com
CADANGAN
RUMUSAN

PENJELASAN TAPAK

HOME

 

                            

PENGENALAN

PENILAIAN TAPAK

PENILAIAN ETNIK

 

HOME
 

 

Tapak telah dinilai dari pelbagai aspek seperti :

penilaian etnik- bersesuaian dengan kaum muslim dan bukan muslim

Peratusan penjaja yang terlibat


    Terdapat seramai 77 penjaja yang berurusniaga di dalam kompleks pasar tersebut dan mereka terdiri daripada pelbagai kaum. Majoritinya terdiri daripada       

    kaum Cina (63%), bilangan ini diikuti oleh kaum Melayu (33%)  dan kaum India (7%) yang hanya merangkumi lebih kurang 5 gerai daripada kesemua gerai.

         

    -        Interaksi antara penjaja

Dalam ruang yang terhad tersebut, sudah tentu wujudnya interaksi antara penjaja-penjaja terutamanya penjaja yang berjiranan. Bantuan akan dberikan kepada penjaja bersebelahan sekiranya diperlukan. Secara umumnya, bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi antara pelbagai kaum ialah Bahasa Kebangsaan.

Peratusan pengunjung yang mengunjungi

Majoriti pengunjung terdiri daripada Kaum Melayu dan Kaum Cina. Hal ini boleh diterangkan dengan faktor lokasi Kompleks Pasar tersebut. Tapak kajian dikelilingi oleh kawasan perumahan Kaum Cina dan Kaum Melayu. Maka tapak kajian kerap dikunjungi oleh kedua-dua kaum tersebut berbanding dengan bangsa lain. Turutan ini di ikuti dengan kaum india dan seterusnya kaum-kaum lain. Gambar yang diambil telah menunjukkan pengunjung Kompleks Pasar yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Perbezaan Bilangan Pengunjung antara Hari Biasa dan Hujung Minggu

Melalui temubual dengan beberapa penjaja di dalam Kompleks Pasar tersebut, kami mendapati bahawa purata bilangan orang yang mengunjungi Kompleks pasar pada Hari biasa adalah lebih kurang 500 orang. Namun demikian, bilangan orang pengunjung menaik kepada lebih kurang 800 orang pada hujung minggu. Menurut penjaja dalam pasar, ini adalah kerana biasanya seluruh keluarga akan mengunjungi Pasar pada hujung minggu. Gambar di atas telah menunjukkan situasi yang sesak pada hujung minggu dan keadaan yang kurang sesak pada hari biasa.

Keadaan yang sesak dengan lebih ramai pengunjung pada Hujung Minggu berbanding Hari bekerja

    

Peratusan Pengunjung Wanita berbanding dengan Pengunjung Lelaki

 

Daripada pemerhatian yang dijalankan di kawasan kajian, didapati kebanyakan pengunjungnya terdiri daripada golongan wanita. Ini adalah sudah menjadi lumrah masyarakat bahawa golongan perempuan lebih cenderung untuk mendapatkan barangan seharian dari pasar berbanding dengan golongan lelaki.

 

 

Terdapat juga golongan lelaki yang mengunjungi Kompleks Pasar tersebut. Daripada pemerhatian kami, kami mendapati bahawa golongan lelaki yang mengunjungi tapak kajian adalah untuk menemani isteri dan keluarga mereka, ada juga adalah untuk membeli barangan secara pukal untuk berurus niaga

.

 

Keadaan Pasar yang kurang pengunjung pada Hari bekerja.

 

   

Gambar tersebut menunjukkan susunatur penjaja yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sirkulasi dalam ruang tersebut turut ditunjukkan.

         

Gerai- gerai

Kaum Melayu Kaum Cina Kaum India Jumlah gerai
Ikan 23% 77% - 17
Sayur-sayuran 24% 68% 8% 25
Ayam bersih 25% 75% - 4
Daging lembu 34% 66% - 13
Barangan runcit 47% 51% 2% 17
Buah-buahan - 100% - 7
Daging tidak halal - 100% - 4

 

 

 

 

Jadual di atas menunjukkan gerai-gerai yang diurus oleh pelbagai kaum mengikut jenis barang yang dijual.

Back to top
Back to top

Aktiviti yang dijalankan serta Interaksi antara pelbagai kaum

-        Interaksi antara pengunjung (pembeli) dan penjaja (penjual)

Secara umumnya, aktiviti yang dijalankan di Kompleks Pasar tersebut adalah urusniaga jual dan beli. Namun, akiviti yang ringkas tersebut  telah secara tidak langsung melibatkan interkasi dan hubungan antara pelbagai kaum. Gambar berikut telah menunjukkan urusniaga jual dan beli yang secara tidak langsung melibatkan komunikasi antara kaum yang berbeza.

    Interaksi antara penjaja kaum Melayu dengan pengunjung berlainan kaum

   Carta berikut menunjukkan peratus pengunjung (pelbagai kaum) yang mengunjungi gerai kaum Melayu. Didapati gerai kaum Melayu lebih kerap dilanggani oleh    kaum Melayu. Namun begitu, sebanyak 25% kaum Cina dan 10% kaum India turut melanggani gerai-gerai kaum Melayu tersebut. Hal ini dapat menunjukkan bahawa terdapat interaksi antara penjaja dan pengunjung pelbagai kaum.

 

       

Gambar telah menunjukkan urus jual beli antara kaum Melayu dengan kaum Cina dan kaum India

 Interaksi antara penjaja kaum Cina dengan pengunjung kaum Melayu dan kaum India

Penjaja serta pengunjung yang berkaum Cina meliputi peratusan yang paling besar. Secara umumnya, gerai penjaja Cina lebih kerap dikunjungi oleh pembeli kaum Cina. Di samping itu, gerai-gerai Cina turut dikunjungi oleh kaum lain seperti Kaum Melayu dan Kaum India. Interaksi yang melibatkan urus jual beli tidak pernah dilhalangi oleh faktor kaum dan ini menunjukkan keharmonian masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia.

 

     

Interaksi antara penjaja kaum Cina dengan pengunjung kaum Melayu dan kaum India

Interaksi antara penjaja kaum India dengan pengunjung kaum Melayu dan kaum Cina

Menurut kajian yang dibuat, penjaja India paling kerap dilanggani oleh kaum India iaitu 40% dan diikuti oleh kaum Melayu (35%) dan kaum Cina (25%). Gambar yang diambil telah menunjukkan interaksi antara kaum India serta kaum yang berlainan.

 

         

Back to top

Interaksi antara penjaja kaum India dengan pengunjung kaum Cina dan kaum Melayu

 -         Interaksi dan toleransi antara pengunjung

 Pengunjung ke pasar sudah tentu terdiri daripada pelbagai kaum. Interkasi  antara pengunjungi adalah diperlukan apabila ruang tersebut sesak dan pengunjung perlu bertolak ansur untuk memberi laluan atau menghulurkan sebarang bantuan apabila diperlukan.

  

Keadaan yang sesak Pengunjung dan penjaja dikehendaki bertimbang rasa dan memberi laluan kepada orang lain.

 

-        Interaksi antara majikan and pekerja

Terdapat beberapa penjaja yang mengambil pekerja yang lain kaum. Keadaan ini bukan sahaja dapat menunjukkan keharmonian pelbagai kaum, ia juga menunjukkan kerjasama antara pelbagai kaum.

    Ruang istimewa yang disediakan

    Bagi menjaga hak kaum Cina and Kaum India serta menghormati rakan kaum Melayu pada masa yang sama, satu bahagian yang khas telah diwujudkan untuk daging tidak halal. Bahagian tersebut dikelilingi oleh dinding serta mempunyai ruang masuk yang menyerupai pagar sesat (offset entrance maze) supaya tidak mendedahkan pemandangan di dalam kepada orang lain terutamanya rakan muslim. Keadaan ini dapat menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia dapat hidup secara harmoni walaupun rakyatnya berbilang kaum kerana wujudnya sifat hormat-menghormati dan bertimbang rasa antara satu sama lain.

          

       Di samping itu, surau juga disediakan untuk kaum Melayu dalam Kompleks tersebut.

        Satu sudut khas turut disediakan untuk kaum cina untuk sembahyang.

    

     Penemuan Istimewa

    Pengunjur yang memakai helmet/ topi keledar

    Didapati juga kebanyakan pengunjung gemar memakai topi keledar (faktor tidak diambil kira). Ini dapat membuktikan bahawa kebanyakan pengunjung sampai ke    

    tapak kajian dengan motorsikal. Kami juga memerhati bahawa topi keledar biasanya tidak ditanggal apabila membeli belah kerana usah memegang topi keledar

    dengan tangan sejak tangan diperlukan untuk memegang barang yang dibeli.

     

     

    Pengunjung yang membawa bakul dan troli

    Didapati kebanyakan golongan wanita yang mengunjungi Kompleks Pasar gemar membawa  troli atau bakul bersama-sama. Hal ini demikian kerana pengunaan    

    bakul dan troli ini akan amat menyenangkan dan meringankan beban mereka.