Make your own free website on Tripod.com
Back to top
CADANGAN
RUMUSAN

PENJELASAN TAPAK

 

                            

PENGENALAN

PENILAIAN TAPAK

PENILAIAN ETNIK

 

HOME
 

 

Back to top
Back to top

pengenalan

    OBJEKTIF

·         Mendedahkan pelajar terhadap kepelbagaian budaya, masyarakat dan kumpulan etnik.

·         Memberi kefahaman berkenaan permuafakatan sosial di Malaysia serta memahami  realiti hubungan antara kaum.

·         Meningkatkan kefahaman dan kepekaan pelajar terhadap cabaran  budaya dan hubungan etnik di Malaysia dalam konteks  alam bina dan pembangunan persekitaran.

·         Memupuk persefahaman,keharmonian serta saling menghormati dalam kalangan  pelajar  pelbagai agama,keturunan dan budaya.

Back to top
 

    PENDEKATAN 

    Pemilihan tapak

    Sebelum memulakan kajian,pemilihan tapak atau ruang  yang bersesuaian perlu dilakukan. Antara kriteria-kriteria yang perlu diteliti dalam memilih tapak :

·         Tapak atau ruang yang dipilih adalah ruang yang digunakan oleh semua kaum.

·         Ruang yang dipilih mewujudkan interaksi diantara pelbagai etnik.

    Waktu

    Dalam menjalankan kajian,waktu memainkan peranan yang penting. Oleh kerana ruang yang telah kami pilih adalah pasar,jadi waktu pagi iaitu diantara jam  7 hingga 12 tengahari merupakan waktu yang sesuai dalam menjalankan kajian.Ini kerana,pada waktu berkenaan,proses jual beli sedang berjalan dengan racak dan lebih ramai pengunjung mengunjungi ruang berkenaan.Secara tidak langsung,kepelbagaian etnik serta kaum yang mengunjungi  serta menggunakan ruang berkenaan dapat dilihat.Pemerhatian telah dibuat pada hari bekerja serta hujung minggu.

 

    Pendekatan Penilaian

    Kami menggunakan beberapa kaedah untuk mencapai objektif kajian ini. Kaedah yang digunakan termasuklah menjalankan pemerhatian di kawasan ruang yang dipilih, soal selidik dan  pemprosesan data. Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan maklumat untuk melengkapkan kajian kami.

a)         Pemerhatian

Kami telah memerhati segala keadaan serta aktiviti yang melibatkan interaksi antara pelbagai kaum di sekitar ruang yang dipilih. Gambar turut diambil untuk tujuan analisa dan rujukan.

b)         Soal selidik

Kaedah tersebut diaplikasikan untuk mendapatkan maklumat berkaitan yang tidak dapat diperhatikan melalui kaedah pemerhatian. Soalan soal selidik telah disediakan  untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan daripada penjaja dan pengunjung tapak kajian.

c)         Pemprosesan data

Kaedah ini diambil setelah soal selidik dijalankan. Data-data yang diperolehi akan disusunatur dianalisakan sebelum data tersebut diterjemahkan ke dalam bentuk carta dan jadual.

 

    Penyusunan Data

    Data –data telah disusun berdasarkan kaji selidik yang telah dijalankan ke atas pengunjung serta peniaga di pasar berkenaan.Hasil daripada kaji selidik dipersembahkan dalam bentuk jadual serta carta

 

    Rasional pemilihan tapak

·         Tapak merupakan ruang yang dikunjungi oleh golongan masyarakat dari pelbagai etnik dan budaya.

·         Peniaga di tapak terdiri daripada golongan etnik yang pelbagai,yang secara tidak langsung mewujudkan interaksi yang baik antara mereka.

·         Kemudahsampaian ke tapak adalah tinggi,diakses melalui jaringan jalanraya yang baik.

·         Terletak bersebelahan bangunan komersial,berhampiran kompleks sukan serta kedudukannya di tengah-tengah pusat petempatan.

CADANGAN
RUMUSAN

PENILAIAN ETNIK

PENILAIAN TAPAK

PENJELASAN TAPAK

HOME
PENGENALAN